Thursday, April 1, 2010

Minta Perhatian Anak-anak Didikku

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu hadapan kita akan belajar tentang topik "Hardware" di bawah sub-topik "Input Devices"..sebenarnya topik ini adalah perincian daripada topik yang telah kita pelajari sebelum ini iaitu "System Concept" di bawah sub-topik "Overview of Computer System"..

Kita ulangkaji sedikit ye.. v(^o^)v

Sebuah sistem komputer memerlukan 4 komponen penting untuk berfungsi iaitu:

1) Perkakasan Input (Input Devices)
2) Perkakasan Ouput (Output Devices)
3) Pemproses (Processor)
4) Perkakasan Storan (Storage Devices)

Untuk menguji kefahaman pelajar sekalian..cikgu akan memberikan 1 tugasan..

Pelajar diminta untuk mencari sekurang-kurangnya 3 gambar untuk perkakasan input mengikut bentuk input data yang dimasukkan ke dalam komputer..bentuk-bentuk tersebut adalah:

1) Input berbentuk teks
2) Input berbentuk grafik
3) Input berbentuk audio
4) Input berbentuk video

Tugasan ini adalah secara berkumpulan..setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang pelajar..tugasan ini perlu disiapkan dalam bentuk slaid persembahan powerpoint..pembelajaran pada minggu hadapan adalah secara pembentangan kumpulan..

Enjoy learning through ICT.. (^^,)/

0 comments:

Post a Comment