Thursday, April 29, 2010

Nota Subjek ICT

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Atas permintaan pelajar..cikgu telah memuat naik slaid nota yang telah digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi subjek ICT..semoga ia dapat memberi manfaat dan boleh digunakan sebagai rujukan tambahan pelajar bagi tujuan ulangkaji di rumah..

Walaubagaimanapun..sebagai langkah keselamatan..cikgu telah meletakkan kata laluan sebelum fail tersebut boleh dimuat turun oleh pelajar..kata laluan ini akan diberitahu semasa sesi P&P minggu hadapan..

Always remember..sharing is caring..(^^,)/

Saturday, April 24, 2010

Reminder for my beloved students

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Peringatan untuk anak-anak didikku..4 Utarid dan 4 Zuhrah..

Tolong buat pembetulan untuk setiap soalan yang anda salah dalam PK2 bagi subjek ICT..Pembetulan perlu dibuat dalam buku correction dan dihantar pada hari selasa (27/4/2010)..

Bagi kelas 4 Utarid..tolong hantar buku worksheet anda pada hari rabu (28/4/2010) untuk semakan guru..

Begitu juga dengan kelas 4 Zuhrah..anda juga perlu berbuat demikian pada hari berikutnya khamis (29/4/2010)..

Sekian, terima kasih.. (^^,)/

Thursday, April 15, 2010

Keputusan Penilaian Kurikulum 2

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Hmm..nervous tak baca tajuk entry cikgu kali ni?..hee..

Buat pengetahuan semua anak-anak didikku..cikgu baru selesai tanda kertas ICT untuk section A bagi kelas 4 Zuhrah..

Nak tahu apa keputusannya?..

So far quite good..ada pelajar yang dapat score 28 out of 33..

I'm very happy for u!!..

Tapi siapa gerangannya ye?.. hee..

Nanti cikgu akan umumkan dalam kelas minggu hadapan..

Hingga jumpa lagi.. (^^,)/

Wednesday, April 14, 2010

Good Luck Anak-anak Didikku

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Buat semua pelajar TIGS terutama sekali kelas 2 Waruna, 4 Utarid dan 4 Zuhrah..selamat menjalani penilaian kurikulum 2..selamat menjawab soalan peperiksaan..dan selamat maju jaya!!..

Untuk pelajar yang mengambil subjek ICT..cikgu doakan semoga semua dapat jawab soalan dengan baik dan cemerlang..sesiapa yang dapat A+..cikgu bagi hadiah!!..jadi ramai-ramai la skor A+ untuk ICT ye!!.. (^^,)/

Thursday, April 1, 2010

Minta Perhatian Anak-anak Didikku

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu hadapan kita akan belajar tentang topik "Hardware" di bawah sub-topik "Input Devices"..sebenarnya topik ini adalah perincian daripada topik yang telah kita pelajari sebelum ini iaitu "System Concept" di bawah sub-topik "Overview of Computer System"..

Kita ulangkaji sedikit ye.. v(^o^)v

Sebuah sistem komputer memerlukan 4 komponen penting untuk berfungsi iaitu:

1) Perkakasan Input (Input Devices)
2) Perkakasan Ouput (Output Devices)
3) Pemproses (Processor)
4) Perkakasan Storan (Storage Devices)

Untuk menguji kefahaman pelajar sekalian..cikgu akan memberikan 1 tugasan..

Pelajar diminta untuk mencari sekurang-kurangnya 3 gambar untuk perkakasan input mengikut bentuk input data yang dimasukkan ke dalam komputer..bentuk-bentuk tersebut adalah:

1) Input berbentuk teks
2) Input berbentuk grafik
3) Input berbentuk audio
4) Input berbentuk video

Tugasan ini adalah secara berkumpulan..setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang pelajar..tugasan ini perlu disiapkan dalam bentuk slaid persembahan powerpoint..pembelajaran pada minggu hadapan adalah secara pembentangan kumpulan..

Enjoy learning through ICT.. (^^,)/

Wednesday, March 31, 2010

Akhirnya terjawab jua

Hmm..rentetan daripada entry sebelum ini yang berkaitan dengan refleksi penyeliaan..akhirnya saya mendengar keputusan markah yang diperoleh daripada Pn. Zalina..nak tahu berapa markahnya?..hee..69 markah..

alhamdulillah..agak memberangsangkan untuk penyeliaan kali pertama..walau bagaimanapun..ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan diperbaiki..terima kasih pada Pn. Zalina atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberi..

InsyaAllah..untuk penyeliaan kali ke-2 nanti..saya akan lakukan perubahan ke atas perkara-perkara yang telah ditegur..untuk berjaya..seseorang itu perlu melakukan perubahan..mungkin pada awalnya sukar..tapi lama-kelamaan..menjadi kebiasaan..

alah bisa tegal biasa..yang penting..mahu mencuba.. (^^,)/

Monday, March 29, 2010

Refleksi Penyeliaan 1 (Guru Pembimbing)

Soalan:

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran pada hari ini adalah...........

A) Baik dan lancar
B) Memuaskan
C) Kurang memuaskan
D) Tidak memuaskan (perlu baiki kelemahan)


Jawapan:


Esok hari penentuannya..tungguuu...