Wednesday, March 31, 2010

Akhirnya terjawab jua

Hmm..rentetan daripada entry sebelum ini yang berkaitan dengan refleksi penyeliaan..akhirnya saya mendengar keputusan markah yang diperoleh daripada Pn. Zalina..nak tahu berapa markahnya?..hee..69 markah..

alhamdulillah..agak memberangsangkan untuk penyeliaan kali pertama..walau bagaimanapun..ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan diperbaiki..terima kasih pada Pn. Zalina atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberi..

InsyaAllah..untuk penyeliaan kali ke-2 nanti..saya akan lakukan perubahan ke atas perkara-perkara yang telah ditegur..untuk berjaya..seseorang itu perlu melakukan perubahan..mungkin pada awalnya sukar..tapi lama-kelamaan..menjadi kebiasaan..

alah bisa tegal biasa..yang penting..mahu mencuba.. (^^,)/

Monday, March 29, 2010

Refleksi Penyeliaan 1 (Guru Pembimbing)

Soalan:

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran pada hari ini adalah...........

A) Baik dan lancar
B) Memuaskan
C) Kurang memuaskan
D) Tidak memuaskan (perlu baiki kelemahan)


Jawapan:


Esok hari penentuannya..tungguuu...

Penyeliaan oleh Guru Pembimbing

Huhu..tajuk itu sangat mendebarkan..tp itulah hakikatnya yang akan berlaku esok..saya akan diselia oleh Pn. Zalina untuk subjek ICT tingkatan 4..(i'm nervous..)

Selasa adalah hari yang paling sibuk sekali..ada 5 masa pengajaran..1 masa untuk subjek sivik tingkatan 2 bagi kelas 2 Waruna..dan 4 masa untuk subjek ICT tingkatan 4 bagi kelas 4 Utarid dan 4 Zuhrah..

Semoga hari esok adalah yang terbaik untukku..amin..

Doakan cikgu Hani ye!!.. (^^,)/

Memenuhi permintaan seseorang

Pn. Zalina: "Hani..nanti buat blog untuk refleksi pengajaran ICT ye?.."

Hani: "Hee..blog saya tak cantik kak..
"

Pn. Zalina: "Alaa..akak bukan nak buat pertandingan blog tercantik pun..untuk refleksi ICT je..apa yang Hani dapat masa buat praktikal ni..
"

Begitulah dialog yang berlaku minggu lepas..

Oleh sebab itu..terhasil la blog ni..khas untuk refleksi pengajaran ICT Tingkatan 4 Utarid dan 4 Zuhrah..hee..blog peribadi..segan nak tunjuk..blog pelajar lagi cantik dan kreatif dari blog cikgunya..apa-apa pun..saya akan cuba kemaskini blog ini seberapa kerap yang boleh..berusahalah Cikgu Hani!!.. \(^o^)/